Salam semua,
Nampaknye weekend battle semakin dapat sambutan. Ini minggu kedua kami jalankan dan semakin fight nampaknya antara pemancing-pemancing semua. Tetapi, last2 minute hujan pulak so x sempat nak ambik gambar udang. Cuma gambar pemenang aje dapat ambik. Nota: Weekend battle minggu depan akan bermula hari jumaat hingga ahad malam kerana sambutan menggalakkan.
Pemenang minggu ini:
1) Abg Ramli - 67g - RM200
2) Abg Syed - 63g - RM100
3) Abg Ibrahim - 54g - RM70
4) Abg Ali - 53g - Hamper
Selamat Datang...
Kepada pemancing-pemancing udang galah yang 'tegar' ataupun yang baru berjinak-jinak memancing udang galah saya ucapkan selamat datang...
Kolam pancing kami iaitu TrueAqua Fishing Park terletak di Jalan Lurus, Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Selepas melalui Bukit Putus menuju ke Kuala Pilah, anda akan menemui kolam pancing kami di sebelah kanan jalan di Jalan Lurus, memang payah untuk terlepas pandang kolam kami.
Kolam tanah kami yang luas dan suasana yang nyaman di sekeliling memang menjadi syurga pemancing udang galah. Stok udang galah dari kolam ternakan kami sendiri menjamin bekalan udang yang sentiasa berkekalan, insyaAllah...
Jom sentap udang galah Ulu Bendul!!!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment