Salam semua,
Nampaknye weekend battle semakin dapat sambutan. Ini minggu kedua kami jalankan dan semakin fight nampaknya antara pemancing-pemancing semua. Tetapi, last2 minute hujan pulak so x sempat nak ambik gambar udang. Cuma gambar pemenang aje dapat ambik. Nota: Weekend battle minggu depan akan bermula hari jumaat hingga ahad malam kerana sambutan menggalakkan.
Pemenang minggu ini:
1) Abg Ramli - 67g - RM200
2) Abg Syed - 63g - RM100
3) Abg Ibrahim - 54g - RM70
4) Abg Ali - 53g - Hamper
Selamat Datang...
Kepada pemancing-pemancing udang galah yang 'tegar' ataupun yang baru berjinak-jinak memancing udang galah saya ucapkan selamat datang...
Kolam pancing kami iaitu TrueAqua Fishing Park terletak di Jalan Lurus, Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Selepas melalui Bukit Putus menuju ke Kuala Pilah, anda akan menemui kolam pancing kami di sebelah kanan jalan di Jalan Lurus, memang payah untuk terlepas pandang kolam kami.
Kolam tanah kami yang luas dan suasana yang nyaman di sekeliling memang menjadi syurga pemancing udang galah. Stok udang galah dari kolam ternakan kami sendiri menjamin bekalan udang yang sentiasa berkekalan, insyaAllah...
Jom sentap udang galah Ulu Bendul!!!

Wednesday, March 17, 2010
Thursday, March 11, 2010
Perbezaan Kolam Pancing Tanah Dan Simen
Salam,
Memandangkan kami ada kedua-dua jenis kolam pancing udang jenis tanah dan simen. Bolehlah dikongsikan sedikit nasihat jika nak memancing ke, nak buat kolam pancing ke atau dari segi penjagaan..
Kelebihan Kolam Pancing Tanah (Kolam Pancing Ulu Bendul)

- Sangat luas
- Pakej memancing bersama dengan permandangan (release tension)
- Boleh pakai pancing buluh dan motor (boleh baling jauh)
- Umpan bebas (sebab air lambat kotor, ada tanah)
- Lebih banyak pot dan lubuk (cabaran nak dapat udang)
- Penjagaan Air Yang Minima, iaitu hampir tiada penjagaan cuma tukar air 30% setiap minggu, air sentiasa mengalir
- Oleh sebab kolam luas dan outdoor, pemancing selalunya memancing lama iaitu sekurang-kurangnya 4 jam
- Udang lebih agresif dan kuat sentapannya kerana macam di habitat asal
- Mirip memancing di habitat asal iaitu sungai atau muara
- Panas di tengahari
- Kalau hujan lebat x boleh memancing
- Kalau cuaca terlalu sejuk udang tak makan
- Pot udang terlalu banyak (sukar untuk pemancing baru)
- Kat bandar kolam begini tak banyak
- Dalam shoplot, jadi kebal terhadap panas atau hujan
- Udang pun tak terpengaruh dengan cuaca sangat
- Kolam kecil jadi senang dapat udang
- Mudah bagi pemancing baru
- Senang nak tengok Astro atau dengar radio
- Kat bandar berlambak
- Tiada permandangan yang indah
- Selalunya pemancing akan pancing 2 jam sebab keadaan tertutup
- Hanya pancing buluh dibenarkan (pancing motor kang kena kepala member plak)
- Hanya umpun-umpun dibenarkan (sebab nak jaga air dari cepat kotor)
- Penjagaan air yang rapi sebab tiada air mengalir, air paip plak ada klorin
- Udang tak seagresif kolam tanah
Weekend Battle Yang Menarik!!!
Pada 6 Mac iaitu Sabtu lepas, kami berjaya mengadakan Weekend Battle dengan sambutan yang hangat!! Namun gambar pulak terlupa ambil tetapi takpe....weekend ni kami pasti ambil gambar dan post disini!! Minggu ni banytak jenggo sungai beb!! Datang jangan tak datang!!
Friday, March 5, 2010
Game dan Hadiah Menarik!!!
Elloo geng pemancing yang dirindui,
Mulai bulan 3 kita dah start game harian, mingguan dan juga bulanan. Kami ada lucky draw untuk harian, weekend battle untuk hujung minggu dan ranking rojak untuk bulanan...Hadiah memang menarik sila rujuk gambar di bawah...

New Games and Package!!
Sunday, January 31, 2010
Pakej - pakej yang disediakan
Thursday, January 28, 2010
Pemancing Yang Tersenyum Dapat Udang..
Sememangnya udang kami tidak sebesar udang sungai kerana udang kami diternak sendiri. Kami hanya memasukkan udang sungai jika ada stok dari sungai. Apa yang kami janjikan ialah stok yang tidak akan putus. Kalau tak dapat jugak udang itu namanya takde rezeki hari itu, mungkin hari lain insyaAllah ada. Namun jangan risau, kami sentiasa akan pastikan anda tidak balik tangan kosong. Dapat udang atau tidak, tetap kami kasi udang sebagai cenderahati...
Suasana di Kolam Pancing TrueAqua
Sesiapa yang menjadi peminat TrueAqua pasti sudah baca post ini di freshwaterprawn.blogspot.com tetapi sekadar berkongsi dengan orang baru yang memasuki blog ini. Inilah suasana di kolam pancing kami dengan persekitaran yang menjaminkan ketenangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)