Selamat Datang...

Kepada pemancing-pemancing udang galah yang 'tegar' ataupun yang baru berjinak-jinak memancing udang galah saya ucapkan selamat datang...

Kolam pancing kami iaitu TrueAqua Fishing Park terletak di Jalan Lurus, Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Selepas melalui Bukit Putus menuju ke Kuala Pilah, anda akan menemui kolam pancing kami di sebelah kanan jalan di Jalan Lurus, memang payah untuk terlepas pandang kolam kami.

Kolam tanah kami yang luas dan suasana yang nyaman di sekeliling memang menjadi syurga pemancing udang galah. Stok udang galah dari kolam ternakan kami sendiri menjamin bekalan udang yang sentiasa berkekalan, insyaAllah...

Jom sentap udang galah Ulu Bendul!!!

Sunday, January 31, 2010

Pakej - pakej yang disediakan

Salam dan apa khabar pemancing sekalian,

Untuk masa ini, TAFP menawarkan pakej-pakej menarik untuk para pemancing. Pakej-pakej ini akan ditambah dimasa akan datang, setakat ini, pakej yang kami tawarkan mendapat sambutan yang menggalakkan. Sila lihat gambar di bawah untuk pakej-pakej kami.

Thursday, January 28, 2010

Pemancing Yang Tersenyum Dapat Udang..

Sememangnya udang kami tidak sebesar udang sungai kerana udang kami diternak sendiri. Kami hanya memasukkan udang sungai jika ada stok dari sungai. Apa yang kami janjikan ialah stok yang tidak akan putus. Kalau tak dapat jugak udang itu namanya takde rezeki hari itu, mungkin hari lain insyaAllah ada. Namun jangan risau, kami sentiasa akan pastikan anda tidak balik tangan kosong. Dapat udang atau tidak, tetap kami kasi udang sebagai cenderahati...

Suasana di Kolam Pancing TrueAqua

Sesiapa yang menjadi peminat TrueAqua pasti sudah baca post ini di freshwaterprawn.blogspot.com tetapi sekadar berkongsi dengan orang baru yang memasuki blog ini. Inilah suasana di kolam pancing kami dengan persekitaran yang menjaminkan ketenangan.